Sejarah


Asal Usul Menora
Menora berasal dari Thailand. Tapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon, seorang guru Menora, asal Menora adalah dari Kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi Menora masih bernafas.
Perkataan menora mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu.
Pada hakikatnya, Menora adalah nama heroin yang terdapat di dalam cerita-cerita Jataka yang bernama Manohara. lanya mengisahkan percintaan seorang putera raja bernama Sithon dengan puteri dari bangsa manusia separuh burung, Kinrara. Salah satu daripada tujuh puteri Kinrara telah diculik oleh seorang pemburu dan dipersembahkan kepada raja. Putera Raja Sithon telah jatuh cinta kepada puteri tersebut lalu mereka pun berkahwin. Akibat dari kebencian dan fitnah pembesar yang khianat, Raja itu telah dihantar ke medan perang. Dia dikatakan mati. Puteri Menora dihalau dan larilah ia pulang ke tempat asalnya. Setelah putera Raja pulang, didapati isterinya telah tiada. Dia lalu meninggalkan istana mencari isterinya. Sebelum dia sampai ke Negeri Kinrara, tempat orang-orang burung itu, dia terpaksa menempuh berbagai dugaan dan rintangan. Tetapi akhirnya berjaya juga. Mereka pun bersatu kembali dan hidup aman bahagia.
Menora di Thailand agak berbeza sedikit daripada Menora yang terdapat di Kedah atau Kelantan. Di Thailand pelakon-pelakonnya adalah semuanya wanita. Tapi di Kedah pelakonnya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Ada juga yang terdiri daripada semuanya lelaki.

Melaka
1.             Pada awalnya Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.
2.             Semasa Pemerinthan Belanda, insitusi raja di Melaka di runtuhkan.
3.             Kemudian semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS)
4.             Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, British telah memperkenalkan Sistem Residen.
5.             Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu  (NNMTB) iaitu terdiri daripada Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat.
6.             Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.
7.             Tugas utama residen untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
8.             British juga telah menjalankan pelbagai perubahan